(Sunday, August 01, 2010)

ZON SELATAN
Majlis Daerah Bau
Majlis Daerah Betong
Majlis Daerah Lubok Antu
Majlis Daerah Lundu
Majlis Perbandaran Padawan
Majlis Daerah Samarahan
Majlis Daerah Serian
Majlis Daerah Simunjan
Majlis Daerah Sri Aman

ZON TENGAH
Majlis Daerah Kanowit
Majlis Daerah Kapit
Majlis Daerah Maradong & Julau
Majlis Daerah Matu-Daro
Majlis Daerah Mukah & Dalat
Majlis Daerah Saratok
Majlis Daerah Sarikei
Majlis Perbandaran Sibu
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu

ZON UTARA
Majlis Daerah Lawas
Majlis Daerah Limbang
Majlis Daerah Marudi
Majlis Bandaraya Miri
Majlis Daerah Subis

LAIN-LAIN
Lembaga Kemajuan Bintulu (DBA)
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

Username
Password:

SEJARAH KITA

Kementerian ini dikenali dengan pelbagai nama sebelum ini. Ia telah dikenali sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan, kemudian Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, dan selepas itu, Kementerian Alam Sekitar. Sekarang, Kementerian ini dikenali sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam. Ia berada di bawah kuasa seorang Menteri yang dibantu oleh dua orang Penolong Menteri.


LATAR BELAKANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN


Sistem kerajaan tempatan boleh dikesan kepada masa apabila ’Kuching Sanitary and Municipal Advisory Board’ dilahirkan pada tahun 1921 oleh Order XXVIII yang dikeluarkan oleh Rajah. Sebelum 1921, fungsi yang diamanahkan kebada Lembaga ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Awam. Lembaga ini memastikan wakil yang popular dalam perkara perbandaran Kuching, yang mana beberapa wakil tempatan dilantik untuk berkhidmat dalam Lembaga. ’Kuching Sanitary and Municipal Advisory Board’ terus berfungsi di bawah Order 1921 yang dinyatakan yang telah diratifikasikan oleh Kuching Municipal Order of 1922. Order 1922 ini kemudian diganti dengan Order M7 (Perbandaran) 1933 yang masuk ke dalam kuasa pada 1 Januari, 1934. Order M7 ini kenudiannya ditukar menjadi Ordinan Perbandaran. Ordinan Perbandaran ini kekal sebagai dasar kerajaan tempatan di Kuching sehingga peletusan Perang Dunia Ke-2.

Dengan pengenalan dan penggubalan Ordinan Perbandaran dan antara 1934 dan peletusan Perang Dunia Ke-2, Jabatan Perbandaran diwujudkan dalam bandar bau, Sibu, Sarikei, Binatang (Bintangor) dan Miri.

Pada tahun 1940, Rajah Sarawak menggubal satu lagi undang-undang yang mempunyai sedikit kesan pada kerajaan tempatan. Undang-undang ini dikenali sebagai Arahan No. N-5 (Native Administration) 1940. Arahan ini menguasai Setiausaha kerajaan untuk membangunkan Native Authorities yang dikaitkan utamanya dengan pentadbiran perkara-perkara anak kelahiran kawasan yang ditetapkan. Ini merupakan satu percubaan untuk melibatkan orang di kawasan luar Bandar untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran tempatan. Wslsupun srshsn ini diimplementsikan dalam banyak kawasan dan kelihatan tidak berjaya, sesetengahnya kerana pentadbiran kerajaan yang tidan baik pada masa itu dan sesetengahnya kerana gangguan Perang Dunia ke-2.

Selepas perang, sisten kerajaan tempatan menjalani pertukaran yang besar. Dalam kes Kuching, Pengerusi Lembaga Perbandaran Kuching dicadangkan untuk melaksanakan satu kajian dan membuat laporan tentang kemungkinan menukar Perbandaran Kuching menjadi satu kerajaan tempatan, untuk mempunyai kebolehan am untuk menguruskan hal-hal sendiri. Banyak cadangan yang dimasukkan dalam laporan telah dimasukkan dalam Bil Perbandaran Kuching yang seterusnya diserahkan dalam Majlis Negeri pada tahun 1952 dan menjadi Ordinan Perbandaran Kuching. Oleh itu, Majlis Perbandaran Kuching dipisahkan dari pihak berkuasa tempatan lain dan bertugas di bawah Ordinan sendiri.

Pada tahun 1947, lima ”Local Treasuries” (Perbendaharaan Tempatan) di Bau, Simanggang (Sri Aman), Betong, Sibu dan Bintulu telah diwujudkan untuk berurusan dengan koleksi cukai kebiasaan anak kelahiran dan bantuan kewangan padanan kerajaan dan bayaran gaji ketua anak kelahiran. Mereka utamanya terdiri daripada perkauman dalam kelakuan dan oleh itu, mereka menderita daripada pelbagai keburukan.

Pada 1948, Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan diserahkan oleh Majlis Negeri dan dengan penggubalan undang-undang ini, pertukaran besar dalam sistem kerajaan negeri berlaku, walaupun ada pihak berkuasa perkauman yang terus dilahirkan. Ordinan ini pada asalnya bermatlamat untuk memberi asas yang sesuai untuk pembangunan sistem kerajaan tempatan di kawasan luar bandar yang tidak ditutupi oleh Ordinan Perbandaran dan oleh itu, membesarkan undang-undang berkaitan dengan kerajaan tempatan dalam kawasan luar bandar ini seperti di dalam Ordinan Luar Bandar dan ’Native Administration Ordinance’ yang kedua-duanya oleh Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1948. Mengikuti Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan yang baru, Majlis Daerah Limbang telah diwujudkan. Ini merupakan Majlis Daerah berbilang kaum yang pertama di Sarawak.

Majlis Daerah Limbang diwujudkan sebagai eksperimen politik dan pada kejayaannya, lebih banyak majlis daerah berbilang kaum yang akan dilahirkan. Kerajaan pada hari itu mahu memastikan bahawa orang daripada kaum yang berlainan akan bekerja bersama supaya perbezaan kaum akan hilang dan mereka akan dikaitkan bersama oleh persamaan sebagai orang Sarawak. Eksperimen ini semestinya berjaya kerana lebih banyak kerajaan tempatan yang berbilang kaum telah diwujudkan selepas itu.

Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1948 dipinda pada 1951 untuk membesarkan skope Ordinan ini supaya ia tidak had kepada kawasan luar bandar sahaja. Oleh itu, dengan pindaan ini, ia menjadi kemungkinan untuk mewujudkan pihak berkuasa tempatan untuk melibatkan bandar-bandar utama yang digelar sebagai kawasan perbandaran. Pada masa ini telah dikatakan bahawa Ordinan Perbandaran mungkin akan dibatalkan seluruhnya pada masa akan datang, meninggalkan hanya Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan untuk pentadbiran pihak berkuasa tempatan, kecuali Majlis Perbandaran Kuching yang akan berada di bawah ordinannya sendiri.

Pada hari-hari awal kewujudannya, terutamanya semasa tempoh Rajah Putih, semua pihak berkuasa tempatan datang bawah penyeliaan Residen masing-masing. Apabila Sarawak menjadi tanah jajahan British, urussetia istimewa telah diwujudkan di bawah kuasa Setiausaha untuk Kerajaan Tempatan. Urus setia ini menyelaraskan dan menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan. Dengan bermula pada Hari Malaysia, Kerajaan Negeri menubuhkan satu Kementerian Kerajaan Tempatan di bawah kekuasaan seorang Menteri untuk menguruskan semua perkara kerajaan tempatan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 1 di atas.

 

Dasar Privasi / Notis Hak Cipta / Dasar Keselamatan
This site is best viewed in 1024x768 resolution with the latest version of Internet Explorer or Firefox.

Kamu adalah pelanggan no: inteliture.com

Site designed & maintained by

Hak Cipta © 2009 KASKANET. All rights reserved.